Eco-Sailing Activities
Eco-Sailing Activities

SustNet is a forward-thinking platform dedicated to driving sustainable solutions and fostering environmental responsibility. We connect individuals, businesses, and organizations to promote sustainable practices, innovative technologies, and eco-friendly initiatives. With a focus on long-term environmental impact, SustNet serves as a hub for collaboration, knowledge sharing, and actionable strategies that help reduce ecological footprints and build a greener, more sustainable future for all.
MEDIA & COVERAGE
SUSTNET AWARDS AND MALAYSIA GPM SUSTAINABILITY AWARDS FOR THE YEAR 2024 - FULL LIST
SPEECH OF DR JOEL CARBONI, FOUNDER AND CHAIRMAN OF GPM GLOBAL
INFOGRAPHIC- EXCELLENT COACHES R.A.F.I.D.A.H HERO ICON AND PARTNERS COLLABORATION
INFOGRAPHIC SUSTAINABILITY TOURISM
INFOGRAPHIC- PWD SMART FARMABILITY - PPKI KLANG SCHOOL
INFOGRAPHIC- CATEGORY INDUSTRY
INFOGRAPHIC- CATEGORY POLYCC
HIGHLIGHT VIDEO MALAYSIA GPM SUSTAINABILITY AWARDS 2024
INFOGRAPHIC CATEGORY SCHOOL
28 BUAH SEKOLAH DI PERAK TERIMA ANUGERAH
'MALAYSIA GPM SUSTAINABILITY AWARDS 24'
MOHAMAD HAFIZ YUSOF BAKRI
hafiz.yusoff@mediamulia.com.my
PETALING JAYA: Seramai 600 pemenang dipilih dalam Anugerah Kelestarian Pengurusan Projek Hijau (GPM) Malaysia 2024 selepas berjaya mencatat kejayaan membangunkan projek khas bertemakan kemampanan di negara ini.
Setiausaha Kehormat Presiden Persatuan Rangkaian Perniagaan Mampan Malaysia (SustNET), Dr Norsaidatul Akmar Mazelan berkata, semua pemenang dipilih selepas berjaya menunjukkan kecemerlangan melalui projek khas mewakili institusi pendidikan tinggi (IPT), sekolah dan organisasi.
"Seramai 1,500 pelajar dan tenaga pengajar dari sekolah rendah, menengah mahu pun IPT menyertai program ini bagi membangunkan kemahiran berfikir secara kritis, menyampaikan kesedaran tentang alam sekitar serta menyahut seruan kelestarian.
“Bukan itu sahaja, lebih 500 pengusaha sektor kecil dan sederhana (PKS) mengamalkan prinsip kemampanan dalam usaha mengurangkan impak kepada alam sekitar serta meningkatkan daya tahan ekonomi," katanya.
Antara kategori yang disediakan selari Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-SDG) adalah anugerah ‘Project of The Year’, ‘Project Excellence’, ‘Sustainability Leadership’ dan ‘Fundamental’.
Seramai 100 wakil daripada agensi kerajaan selain MGTC turut hadir misalnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta jabatan-jabatan negeri.
Menurutnya lagi, anugerah tersebut juga secara tidak langsung menunjukkan komitmen berterusan perlbagai pihak dalam memastikan konteks kemampanan kepada seluruh masyarakat dan negara.
"Kami sebagai penganjur akan sentiasa memainkan peranan penting dalam membawa arus positif kepada semua di samping mengintegrasikan Kerangka 5P iaitu ‘product’, ‘process’, ‘people’, ‘planet’, dan ‘prosperity’ dalam amalan kemampanan,” jelasnya.
Dalam pada itu Norsaidatul Akmar berkata, sejak penubuhannya pada 2015, Anugerah Kelestarian GPM Malaysia mengiktiraf pelbagai projek cemerlang sejajar dengan Rangka Kerja P5 iaitu memupuk pengetahuan, kemahiran dan tindakan transformatif dalam komuniti.
“Panel penilai anugerah terdiri mereka yang bertauliah antara Pengurus Projek Hijau yang berkelayakan, Penilai dan Perunding yang berdaftar dengan GPM Global bagi meneliti setiap permohonan.
“Justeru, anugerah yang diiktiraf oleh GPM Global ini sejajar dengan anugerah antarabangsa berprestij lain di mana Malaysia boleh bangga dan berdiri megah sebagai negara perintis dalam pemanduan anugerah ini sekalgu mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam kemampanan,” katanya.
Anugerah GPM 2024 Rai Usaha Kelestarian
KUALA LUMPUR – Anugerah Kelestarian Pengurusan Projek Hijau (GPM) Malaysia 2024 yang diadakan baru-baru ini memberi pengiktirafan kepada 189 projek yang didapati telah berjaya mematuhi prinsip-prinsip kemampanan.
Dianjurkan oleh Persatuan Rangkaian Perniagaan Mampan Malaysia (Sustnet), projek yang menerima pengiktirafan tersebut dinilai berdasarkan rangka kerja dan piawaian kukuh berdasarkan Kerangka 5P iaitu produk, proses, planet, people (manusia), dan prosperity (kemakmuran).
Setiausaha Kerhormat Sustnet, Dr. Norsaidatul Akmar Mazelan berkata, anugerah berkenaan yang telah memasuki tahun keenam sejak tahun 2019 telah memberi pengiktirafan kepada 600 projek secara keseluruhan melibatkan pihak industri, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), institusi pengajian tinggi dan sekolah.
“Bermula daripada hanya 20 projek yang layak menerima pengiktirafan pada tahun pertama 2019, jumlahnya telah meningkat kepada hampir 200 projek pada tahun kedua dan seterusnya meningkat lagi.
“Dalam usaha ini, kami turut melatih ramai individu termasuk usahawan dan tenaga pengajar di sekolah rendah supaya mempraktiskan amalan-amalan baik kelestarian, yang mana Kerangka 5P ini juga sesuai dipraktiskan dalam pengurusan perniagaan supaya lebih berdaya tahan,” katanya pada majlis penyampaian anugerah di Dewan Azman Hashim, Universiti Teknologi Malaysia di sini.
Norsaidatul menambah, untuk menerima pengiktirafan tersebut bukan mudah, pemohon perlu membentangkan dan mambuat pelaporan berkenaan projek mereka kepada penilai dan perunding yang berdaftar dengan GPM Global.
“Dalam mengukur kemampanan kita tak boleh menggunakan piawaian yang rendah, sikap untuk berubah dan kefahaman bagi memperbetulkan operasi penting, selain pelaporan yang betul bagi memastikan sesebuah projek itu benar-benar lestari,” katanya.

''Thank you everyone who attended the event for Malaysia GPM Sustainability awards for the year 2024 recipients.
For those who wants to understand P5 standards, developed by GPM Global and apply into your business or projects, you have the opportunity to he assessed and be a recipient of the Malaysia GPM Sustainability Awards for 2025.''
Contact Sustnet admin admin@sustainable-business.net for more details.
BULLETINS
January 18, 2025
Kuala Lumpur, Malaysia – AG MGATE, a leading provider of smart city solutions and IoT technologies, today announced a strategic partnership with SustNET, a leading advocate for sustainability in Malaysia. This collaboration signifies a crucial step forward in AG MGATE's mission to foster innovative, eco-friendly digital cities that align with Environmental, Social, and Governance (ESG) principles and support
January 22, 2024
KUALA LUMPUR: The Sustainable Business Network Association Malaysia (SustNET) has announced the successful culmination of the Malaysia GPM Sustainability Awards for the year 2023, a premier annual programme lauding exemplary sustainable business practices within the Malaysian corporate landscape and many other sectors.
January 16, 2023
The Malaysian chapter of the Green Project Management (GPM) Awards hosted a gala on 11 January 2023, which witnessed the continuous impact of sustainable recognition and connectivity. The Sustainability Impact Forum in Conjunction with the Malaysia Sustainability Awards 2022 event organised by the Sustainable Business Network Association Malaysia (SustNET), was held at the Bukit Kiara
CONTACT US
